Mengenai SIP+
SIPartners+ adalah
seorang pembimbing kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran
di sekolah yang ingin ditingkatkan prestasinya.
Sebagai SIP+
1. Membina hubungan dan membimbing pengetua serta Guru
Besar di sekolah,
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk
menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh pentadbir sekolah.
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk
meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan di sekolah
Peningkatan Peluang Untuk Impak - SIPartners+ akan membina hubungan dengan
pengetua dan Guru Besar. Dengan membimbing 25-30 pengetua, diharapakan
SIPartners+ boleh membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dibandingkan
jika seorang pengetua atau guru besar bekerja secara bersendirian.
Masa Bimbingan Berkualiti – Pendidik yang terbaik tidak
akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan SIPartners+ adalah
untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. Selaku SIPartner+, anda akan
menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa bekerja dengan pengetua dan
guru besar, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang.
No comments:
Post a Comment